BPL: City, Chelsea, Everton cemerlang di tempat lawan

Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini meluahkan kebanggaan dengan prestasi pasukannya selepas kemenangan 3-2 atas West Bromwich Albion.

City menguasai perlawanan di Hawthorns dan mencatatkan kelebihan 3-0 sebelum dibolos dua kali lewat dalam perlawanan.

Sergio Aguero membuka tirai seawal minit ke sembilan dengan jaringan gol ke 17 musim ini – jumlah gol yang sama dengan jaringan seluruh pasukan West Brom.

Yaya Toure kemudian menyempurnakan hantaran dari Aleksandar Kolarov sebelum menyempurnakan penalti pada minit ke 72. Albion membalas dengan gol sendiri Costel Pantilimon empat minit sebelum masa tamat serta satu lagi dalam masa tambahan hasil jaringan Victor Anichebe.

Keputusan itu mungkin tidak menunjukkan penguasaan City yang masih kekal enam mata di belakang pendahulu liga Arsenal dan ia mengakhiri rekod kekalahan berturut-turut di padang lawan.

Bagi Pellegrini, keputusan tidak penting, hanya kemenangan: “Matlamat kami bukan untuk memberitahu semua tentang kemampuan kami, kami hanya ingin menambah mata kepada kedudukan kami dalam liga.

“Bagi kami ia lebih penting untuk menang di padang lawan, kami akan cuba untuk meneruskannya pada hari Sabtu di Southampton sebelum bertemu Arsenal.”

Sementara itu Jose Mourinho telah meluahkan kegembiraannya dengan prestasi Eden Hazard selepas kemenangan 4-3 atas Sunderland.

Keputusan penuh Gameweek 14

Hazard telah mempengaruhi perlawanan dan mendorong kemenangan pasukan Blues apabila mencipta gol pembukaan sebelum menjaringkan dua gol di Stadium of Light.

Apabila ditanya tentang prestasi Hazard, Mourinho menjawab: “Beliau yang terbaik.”

“Mungkin musim lepas beliau telah membuat sesuatu yang sama, tetapi apabila dengan saya, beliau yang terbaik.

“Kami sedar tentang bakatnya, tetapi semangatnya dari wisel permulaan hingga akhir bagi saya, ia adalah mengagumkan dan yang pertama kali dengan saya. Ada kali beliau memberi sumbangan yang istimewa tetapi sering hilang dalam perlawanan.

“Hari ini, beliau mengagumkan dari minit pertama, beliau merampas bola, mencabar pemain pertahanan, melepaskan rembatan. Ada kali beliau sering mencipta peluang dan tidak mencuba nasib, hari ini prestasinya amat mengagumkan.

“Beliau dengan Mata dan Willian, mereka semua amat kreatif, dinamik, mereka memberi sumbangan penting kepada pasukan.”

Hazard telah memberi hantaran tepat bagi gol penyamaan Frank Lampard selepas gol pembukaan Jozy Altidore sebelum menjaringkan gol pada minit ke 37 dan 62.

John O’Shea telah menyamakan gol Hazard tetapi rakan sepasukannya Phil Bardsley menjaringkan gol sendiri pada minit ke 84 untuk memberi Chelsea kemenangan.

Mourinho bangga dengan tonggak serangannya tetapi kecewa dengan benteng pertahanan Blues.

“Apabila anda bermain dengan baik, anda sepatutnya menang dengan kelebihan gol yang besar dan tidak memberi masalah kepada pengurus dengan enam minit sebelum wisel penamat.”

Pengurus Liverpool Brendan Rodgers pula berpendapat bahawa penjaring gol terbanyak BPL Luis Suarez akan mencapai tahap Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Pemain antarabangsa Uruguay itu telah menjaringkan empat gol – termasuk hatrik dalam 20 minit – dan mendorong kemenangan 5-1 Liverpool atas Norwich di Anfield.

Jaringan gol penyerang yang berusia 26 tahun itu bermakna beliau adalah pemain pertama Liga Perdana yang berjaya menjaringkan tiga hatrik atas kelab yang sama.

Di Old Trafford, David Moyes menegaskan keyakinannya dalam kemampuan Manchester United untuk merangkul kejuaraan walaupun tewas 1-0 kepada Everton.

United kini menduduki tempat ke sembilan dalam liga selepas kekalahan 1-0 di tangan Everton, 12 mata di belakang pendahulu liga Arsenal.

Moyes berkata: “Perjalanan kami belum berakhir.

“Kami masih mampu meningkatkan permainan untuk menang perlawanan yang demi memperbaiki potensi untuk merangkul kejuaraan.”

Dalam 11 tahun sebagai pengurus Everton sebelum perpindahannya ke Manchester United, Moyes tidak pernah menikmati kemenangan di Old Trafford.

Penggantinya, Roberto Martinez, berjaya mendorong kemenangan pertama mereka atas Red Devils sejak tahun 1992 hasil jaringan gol Bryan Oviedo pada minit ke 85.

Highlights