BPL: Chelsea benam Reds di Stamford Bridge

Liverpool gagal menghalang kemenangan 2-1 Chelsea walaupun mendapat gol pembukaan dalam perlawanan Barclays Premier League.

Pertembungan ini menyaksikan Luis Suarez kembali bertarung dengan Branislav Ivanovic, pemain yang digigitnya musim lepas serta bekas ‘murid’ pengurus Chelsea Jose Mourinho, Brendan Rodgers.

Liverpool mula perlawanan dengan baik dan melancarkan beberapa gerakan serangan pantas dan mendapat tendangan percuma pertama dalam perlawanan apabila Samuel Eto’o mengasari Jordan Henderson di luar kotak penalti. Hantaran Philippe Coutinho ditanduk Suarez tetapi melantun ke arah Martin Skrtel dan beliau menyepak masuk gol pembukaan selepas hanya tiga minit.

Chelsea terus bangkit dua minit kemudian tetapi rembatan Eden Hazard ditepis keluar oleh penjaga gol Simon Mignolet. Liverpool balas dengan gerakan sernagan pantas dari bahagian sayap hasil usaha Coutinho dan Raheem Sterling tetapi midfield Chelsea menangani ancaman pasukan pelawat dan akhirnya mendapat gol penyamaan pada minit ke 19.

Oscar mula gerakan serangan di bahagian kiri padang dan menggelecek ke hadapan sebelum cuba memberinya kepada Eto’o. Bola melantun ke arah Hazard dan pemain midfield itu melepaskan rembatan deras yang gagal dihalang Mignolet.

Pasukan tuan rumah terus melancarkan serangan bertubi-tubi.Azpilicueta memberi hantaran jauh ke dalam kotak penalti dan ia dikawal dengan baik oleh Oscar. Pemain Brazil itu menggelecek ke hadapan sebelum menyepak bola ke arah Eto’o dan penyerang Blues itu menyepak masuk gol kedua pasukannya pada minit ke 34.

Keputusan penuh Gameweek 19

Highlights