70 orang diserang piranha di Argentina

BUENOS AIRES – Seramai 70 pengunjung yang sedang mandi-manda di sebatang sungai di Argentina cedera akibat diserang sekumpulan ikan piranha kelmarin.

Serangan mengejutkan itu turut menyebabkan tujuh ka nak-kanak hilang beberapa batang jari tangan dan kaki mereka.

Pengarah agensi penyelamat tempatan, Federico Cornier berkata, kejadian berlaku ketika beribu-ribu pengunjung sedang mandi di Sungai Parana, Rosario Rabu lalu.

“Mereka mandi di sungai ekoran cuaca panas yang mencecah 37° Celsius,” kata Cornier.

Menurutnya, serangan itu dilakukan oleh ikan piranha spesies palometas yang bergigi tajam dan ganas.

Kawasan itu kini ditutup sehingga siasatan oleh pihak berkuasa selesai. – Agensi