Video – Pablo Aimar dan Rodriguez tunjuk taring

KELIBAT dua bintang import baharu Johor Darul Takzim (Johor DT), Pablo Aimar dan Braulio Rodriguez mula menggamit tumpuan.

Semalam, Aimar dan Rodriguez memukau penyokong Harimau Selatan apabila mempamerkan aksi menarik pada aksi persahabatan menentang pasukan Timbalan Setia Negeri (JMF) di Padang Sri Gelam, Johor Bahru semalam.

Johor DT yang turut dibarisi beberapa pemain skuad Piala Presiden Johor berpesta gol apabila menang 7-1.

Aimar yang juga bekas pemain kelab Portugal, Benfica, meledak satu gol selain menjadi ‘pengumpan’ tiga lagi jaringan Johor DT manakala bekas pemain Atletico Madrid, Rodriguez berjaya mencipta hatrik.

Sepanjang 60 minit perlawanan, Aimar dan Rodriguez dilihat berjaya membentuk keserasian dengan pemain sayap lincah, Nurul Azwan Roya selain Jasazrin Jamaluddin dan Muhammad Akram Mahinan.

Penolong jurulatih Johor DT, Ismail Ibrahim berkata, Aimar dan Rodriguez juga mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di negara ini selain tidak banyak merungut sepanjang sesi latihan.

“Ini perlawanan pertama mereka di sini tetapi mereka dapat bermain dengan baik bersama-sama pemain Johor DT yang lain.

Meskipun hampir lima bulan tidak beraksi dalam sebarang perlawanan kompetitif, namun dua pemain import Johor Darul Takzim (Johor DT), Pablo Aimar dan Braulio Rodriguez nyata masih memiliki sentuhan berbisa.

Kedua-dua pemain itu mempamer persembahan menarik selepas berjaya membantu pasukan Pilihan Johor Darul Takzim berpesta gol menewaskan pasukan Askar Timbalan Setia Negeri (JMF) dengan keputusan 7-1 di Padang Seri Gelam, di sini semalam.

Aimar yang juga bekas pemain Benfica berjaya menjaringkan satu gol, selain mencipta gerakan untuk tiga lagi gol, manakala bekas pemain Atletico Madrid, Rodriguez pula mencatat hatrik pada persembahan pertamanya itu.

Jurulatih Johor DT, Ismail Ibrahim berkata, kedua-dua pemain itu berjaya mempamer persembahan menarik, selain menunjukkan keserasian bersama pemain lain seperti Nurul Azwan Roya, Jasazrin Jamaluddin dan Muhammad Akram Mahinan.

Beliau berkata, mereka juga mampu menyesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia dan berjaya mengikut setiap corak permainan yang diterapkan.

“Ini merupakan persembahan pertama mereka di sini dan mereka bermain dengan baik bersama pemain Johor DT yang lain. Saya percaya pasukan ini mampu pergi lebih jauh pada saingan musim depan,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Bagaimanapun, Ismail menegaskan, setiap pemain perlu memberi komitmen sepenuhnya selain mempamer disiplin yang tinggi sekiranya berharap untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama.

Katanya, setiap posisi kini dibarisi oleh pemain berstatus bintang yang memiliki kelebihan tersendiri dan setiap mereka perlu bersaing bagi merebut tempat dalam pasukan.

“Sebelum ini terdapat jurang yang agak besar antara pemain utama dan simpanan tetapi kini semua pemain mempunyai kelebihan yang hampir sama.

“Jadi sekiranya ingin mendapat tempat mereka perlu memberi komitmen sepenuhnya dalam latihan,” katanya lagi.

“Saya rasa, pasukan ini mampu untuk pergi lebih jauh dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan,” katanya semalam.

Ismail berkata, kesemua pemain Johor DT yang beraksi semalam juga dilihat mampu untuk bermain secara berpasukan seperti yang diharapkan ketua jurulatih, Cesar Ferrando Jimenez.

Begitupun, Ismail menegaskan, setiap pemain perlu memberikan komitmen sepenuhnya andai berhasrat untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama.

“Dahulu terdapat jurang yang agak besar antara pemain utama dan simpanan tetapi kini, tidak banyak perbezaan antara semua pemain.

“Oleh itu, mana-mana pemain yang tidak mencapai tahap yang diinginkan, mereka pasti akan hanya memanaskan bangku simpanan,” katanya.

Highlights

One Reply to “Video – Pablo Aimar dan Rodriguez tunjuk taring”

Comments are closed.