Uruguay, Mexico hampir pasti layak ke Brazil

AMMAN 14 Nov. – Uruguay membelasah Jordan 5-0 dalam aksi pertama saingan playoff Piala Dunia 2014 awal pagi ini sekali gus menggelapkan harapan pasukan Asia itu untuk mencari tempat dalam pusingan akhir di Brazil.

Walaupun Jordan berjaya menggasak kubu Uruguay namun mereka gagal mendapatkan jaringan. Suarez tidak mencipta jaringan namun Edinson Cavani melengkapkan pesta gol buat Uruguay pada minit ke 92.

Sementara itu di Mexico City, Mexico membelasah New Zealand 5-1 dalam pertemuan pertama playoff Piala Dunia awal pagi ini sekali gus mencerahkan peluang ke Brazil tahun depan.

O. Parelta menjaringkan dua gol buat Mexico. Gol saguhati New Zealand diperolehi pada min ke-85 hasil jaringan Chris James.

Highlights