UCL: Man United mara ke pusingan kalah mati dengan bergaya

LEVERKUSEN, Jerman 28 Nov. – Manchester United mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas membelasah Leverkusen 5-0 pada perlawanan peringkat kumpulan semalam.

Walaupun tidak menjaringkan gol tetapi Wayne Rooney memainkan peranan dalam empat daripada lima gol yang diperoleh kelab England itu.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan kekalahan terburuk Leverkusen di gelanggang sendiri pada kejohanan peringkat Eropah.

Pada perlawanan tersebut, gol-gol United disumbangkan oleh Antonio Valencia (minit ke-22), gol sendiri oleh Emir Spahic (minit ke-30), Jonny Evans (minit ke-65), Chris Smalling (minit ke-77) dan Nani pada minit ke-88.

Dengan kemenangan itu, United kini mengungguli Kumpulan A dengan 11 mata diikuti oleh Shakhtar Donetsk yang menumpaskan Real Sociedad 4-0 untuk melonjak di tangga kedua dengan lapan mata.

Berikut keputusan penuh untuk perlawanan pagi tadi

KUMPULAN A:

Bayer Leverkusen 0 – Manchester United 5
Shakhtar Donetsk 4 – Real Sociedad 0

KUMPULAN B:

Real Madrid 4 – Galatasaray 1
Juventus 3 – FC Copenhagen 1

KUMPULAN C:

Paris St Germain 2 – Olympiakos Piraeus 1
Anderlecht 2 – Benfica 3

KUMPULAN D:

CSKA Moscow 1 – Bayern Munich 3
Manchester City 4 – Viktoria Plzen 2

Highlights

Bayer Leverkusen 0 – Manchester United 5

Real Madrid 4 – Galatasaray 1