UCL: Empat pasukan layak ke pusingan kalah mati

PENYANDANG juara, Bayern Munich tidak berdepan masalah mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas membenam Viktoria Plzen 0-1 di gelanggang lawan, awal pagi semalam.

Kemenangan hasil jaringan Mario Mandzukic pada minit ke-65 itu menyaksikan Bayern mengungguli saingan Kumpulan D dengan mengumpul 12 mata.

Sebelum perlawanan, gergasi Jerman itu dijangka mampu melakar kemenangan selesa namun mereka dipaksa bekerja keras untuk meraih tiga mata di Doosan Arena.

“Kami menguasai bahagian tengah, namun pada masa sama kami kerap melepaskan bola kepada pemain lawan.

“Kesimpulannya, perlawanan ini tidak mudah meskipun Plzen menghuni tangga tercorot kumpulan,” kata pemain tengah Bayern, Toni Kroos.

Bayern mara ke peringkat kalah mati buat kali kesembilan berturut-turut, menyamai rekod dicipta Barcelona pada kempen 2002/2003.

Arsenal kekal di tempat teratas kedudukan dengan kemenangan 1-0 atas Borussia Dortmund walaupun pasukan Jerman itu menguasai babak pertama dengan beberapa peluang emas yang gagal diambil oleh Neven Subotic dan Henrikh Mkhitaryan.

Dortmund cuba meningkatkan rentak permainan dalam babak kedua tetapi pengadil tidak membenarkan gol akibat ofsaid dua kali – pemain gantian Gunners Aaron Ramsey muncul dengan gol tunggal apabila menanduk masuk bola pada minit ke 62.

Barcelona, Atletico Madrid, Bayern Munich dan Mancehster City telah mengesahkan tempat di pusingan kalah mati.

Real Madrid pula hanya perlukan satu perlawanan seri untuk layak. Chelsea memerlukan satu kemenangan dan Juventus pula merupakan kelab gergasi yang hampir tersingkir di peringkat kumpulan.

Keputusan penuh

Highlights
Barcelona 3 AC Milan 1


Borussia Dortmund 0 Arsenal 1


Chelsea 3 Schalke 04 0


Real madrid 2 Juventus 2