Portugal dan Chile cemerlang
KIEV 16 Nov. – Perancis berdepan risiko terlepas menyertai kejuaraan utama dalam tempoh 20 tahun selepas tewas 0-2 kepada Ukraine dalam aksi pertama playoff Piala Dunia 2014 awal pagi tadi..
Chile mempamerkan permainan kelas dunia selepas dua gol jaringan Alexis Sanchez menamatkan rekod bersih 10 perlawanan England 2-0 dalam aksi bola sepak persahabatan awal pagi ini di London.
Sementara itu jaringan Cristiano Ronaldo membantu Portugal menang tipis 1-0 ke atas Sweden dalam aksi pertama playoff Piala Dunia awal pagi ini di Lisbon
Ignazio Abate pula meraih jaringan antarabangsa pertamanya ketika membantu Itali bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Jerman 1-1 dalam aksi persahabatan pagi ini. Pemain Inter Milan itu menyumbat gol penyamaan pada minit ke-27 selepas Mats Hummels meletakkan Jerman di depan di Milan.
Highlights
Portugal v Sweden
England v Chile
Ukraine v France
Italy v Germany