Piya dinobat Pemain Paling Bernilai Liga-M 2013

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus-Astro Arena-FAM 2013 yang menjadi pentas terbaik mengiktiraf sumbangan pemain dan penyokong sukan nombor satu negara itu.

Pada anugerah ini, sebanyak 13 kategori dipertandingkan iaitu Penjaga Gol Terbaik, Penyerang Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Pemain Import Terbaik, Pemain Harapan, Pemain Paling Bernilai Supermokh, Jurulatih Terbaik, Pengadil Terbaik, Penolong Pengadil Terbaik, Kelab Penyokong Terbaik, Persatuan Terbaik dan Kelab Terbaik.

Senarai calon setiap kategori telah diumumkan dan pemenangnya dipilih berasaskan undian semua jurulatih dan pengurus pasukan Liga Super serta Liga Perdana. Kategori Pemain Paling Bernilai Supermokh ditentukan melalui undian tertinggi daripada enam kategori yang dinyatakan.

Senarai pendek calon disediakan sebuah jawatankuasa dianggotai wakil Persatuan Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan (MFCA), Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) dan FAM sendiri. Bagi kategori Persatuan Terbaik, Kelab Terbaik dan Kelab Penyokong Terbaik, anugerah itu ditentukan Jawatankuasa Pertandingan FAM.

Senarai pemenang anugerah untuk musim 2013 seperti berikut:

Pemain Paling Bernilai: BADHRI RADZI (KELANTAN)
Pemain Penyerang Terbaik: MOHD NOR FARHAN (KELANTAN)
Pemain Tengah Terbaik: BADHRI RADZI (KELANTAN)
Pemain Pertahanan Terbaik: BAIHAKKI KHAIZAN (LIONSXII)
Anugerah Penjaga Gol Terbaik: KHAIRUL FAHMI CHE MAT (KELANTAN)
Pemain Harapan: JUNIOR ESTRADAL
Anugerah Jurulatih terbaik: DOLLAH SALLEH (PAHANG)
Anugerah FAIRPLAY: PDRM FA
Kelab Penyokong Terbaik: KELANTAN
Kelab Bolasepak terbaik: KL SIME DARBY FC
Persatuan Bolasepak terbaik: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)
Best Referee: Nagor Amir