Piala Malaysia: This is Kuantan!
SHAH ALAM 3 Nov. – Penantian 21 tahun Pahang berakhir apabila berjaya muncul juara Piala Malaysia 2013 selepas mengalahkan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam malam ini.
PAHANG melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan juara Piala Malaysia 2013 kali ketiga setelah kali terakhir bergelar juara pada tahun 1992.
Gol kemenangan Pahang diperolehi menerusi jaringan penyerang utama pasukan itu, Matias Conti pada minit ke-59
Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat jam 5 petang tadi, pihaknya sudah merampas 50 batang suar dan menahan beberapa penyokong yang masuk menggunakan tiket palsu.
Menurutnya, semua penyokong diingatkan tidak membawa masuk sebarang bahan terlarang ke dalan stadium dan sentiasa mematuhi peraturan yang sudan ditetapkan.
Sementara itu, sebuah pintu jeriji besi di Stadium Shah Alam rosak selepas kira-kira 100 penyokong yang tidak mempunyai tiket cuba merempuh masuk ke dalam stadium, jam 3 petang tadi.
Highlight
padan muke kelantan kalah senyap siket mulot dorg… hahhahaahaha
kasi org lain plak.. pahang mmg patut menang malam ni