Peniaga bercinta, lakukan seks dengan anak dibicara

KAJANG – Seorang peniaga hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya sendiri yang berusia 21 tahun.

Teoh Boon Huang, 46, telah dituduh di Mahkamah Sesyen kerana melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Taman Cheras Perdana.

Dia berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin  hingga kesnya disebut pada 24 Disember ini.

Dalam laporan akhbar sebelum ini, dikatakan suspek  telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya setiap kali isterinya tiada di rumah.

Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa bekerja tidak campur tangan dalam perkara tersebut.

Sumber polis berkata, pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) ‘lucah’ daripada ayah mangsa kepada anaknya itu.

“ Pakcik itu terpaksa meminjam telefon bimbit remaja berkenaan untuk membuat panggilan kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.

“ Dia sangat terkejut apabila terbaca mesej lucah daripada ayah remaja berkenaan dan segera menyoal siasat mangsa.

“ Selepas disoal bertalu-talu, remaja itu akhirnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sejak dia berusia 18 tahun. Dia turut mendedahkan dia rela menjadi pasangan kepada ayahnya dan jatuh cinta dengannya,” kata sumber berkenaan.

Pakcik itu akhirnya membawa remaja berkenaan pulang ke rumah dan bersemuka dengan ayahnya dihadapan ibu mereka.

Lelaki berkenaan hanya diam sementara isterinya benar-benar kecewa dengan hubungan terlarang itu.

“Dia turut berkata ayahnya yang mengusahakan sebuah kedai makan di Kajang, memberinya wang setiap kali mereka mengadakan hubungan kelamin,” menurut sumber polis tersebut.

Sumber turut berkata, pada awalnya remaja tersebut enggan membuat laporan polis.

Bagaimanapun, pakcik tempatnya bekerja telah membawanya ke balai polis Kajang kerana dia bimbang nasib yang sama akan menimpa adik perempuan remaja berkenaan yang berusia sembilan tahun.