Pengikut tuhan Harun ditahan, Kes bunuh penguatkuasa JAIP selesai

KUALA LUMPUR – KES BUNUH PENGUATKUASA JAIP SELESAI: KPN mengucapkan syabas kepada Pasukan Op Cantas (STAFOC) Bukit Aman atas kejayaan menyelesaikan kes bunuh Penguatkuasa JAIP.

Seramai 13 pengikut ‘Tuhan Harun’ termasuk dua orang wanita berjaya ditahan oleh pasukan khas Cantas Polis Diraja Malaysia, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menerusi akaun Twitter Khalid, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan tersebut yang turut merampas sepucuk pistol.

Katanya, ia sekali gus berjaya merungkai kes bunuh yang membabitkan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, awal bulan ini.