Pengacara WHI mohon fasakh

Pengacara rancangan Wanita Hari Ini di TV3, Fiza Sabjahan memfailkan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas mendakwa tidak diberi nafkah sejak berkahwin tiga tahun lalu.

Terdahulu Fiza Sabjahan atau nama sebenarnya Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, 31, memfailkan tuntutan cerai secara baik terhadap Afief Farhan Fauzi, 32, pada 1 Ogos 2013 namun dipinda kepada fasakh selepas dibantah ahli perniagaan itu.

Kes tersebut bagaimanapun mula dibicarakan di mahkamah pada hari ini di hadapan Hakim Syarie Zainal Abidin Kusmin. – Rotikaya