Marcelo Lippi bawa Guangzhou Evergrande juarai AFC Champions League

Guangzhou, China  – Kelab asuhan Marcello Lippi, Guangzhou Evergrande mengakhir era tanpa gelaran juara Asia selama 23 tahun hari ini setelah berjaya seri 1-1 dengan FC Seoul pada perlawanan kedua final Liga Champions AFC.

Gol Elkeson pada menit 58 akhirnya berjaya disamakan pemain FC Seoul Dejan Damjanovic, namun keputusan seri sudah cukup mengantarkan Guangzhou juara setelah seri pada perlawanan pertama dua minggu lalu di Seoul dengan 2-2.

Bekas platih Piala Dunia Itali, Marcello Lippi merayakan kemenangan itu bersama para pemain ketika Guangzhou menerima piala di hadapan 42.000 penonton di stadion Guangzhou.

Belum ada kelab dari China  yang pernah menjadi juara Asia sejak Liaoning melakukannya pada 1990. Ini merupakan prestasi luar biasa untuk Evergrande yang tiga tahun lalu dilarang menyertai kejohanan ini kerana skandal pengatur perlawanan.

Ini juga satu kejayaan besar Marcelo Lippi, setelah bergelar Juara Piala Dunia 2006 dan tahun 1996 dia membawa Juventus menjadi juara Liga Juara Eropah.

Evergrande yang baru saja memenangi gelaran juara liga China untuk kali ketiga berturut-turut, akan berjaya mencipta kejuaraan treble jika berjaya menghadapi halangan Beijing Guoan pada semifinal Piala FA China bulan ini – AFP.