Kelantan umum senarai pemain, Ghaddar kembali ke Kota Bharu

Pasukan Kelantan membuat kejutan dengan menandatangani semula bekas pemain importnya yang juga penyerang kebangsaan Lubnan, Mohammed Ghaddar.

Dalam majlis pengumuman barisan pemain musim 2014 di Kota Bharu, The Red Warriors (TRW) turut menyenaraikan penyerang kelahiran Australia Brendan Gan, pemain tengah Mesir Mohamed Shawky serta penjaring ketiga terbanyak Liga Super musim lalu, Forkey Doe.

Gan yang didaftarkan sebagai pemain tempatan, sebelum ini bermain bersama kelab Sydney, Rockdale City Suns, manakala Shawky pernah mewakili kelab England, Middlesbrough FC dan Al Naft dalam Liga Perdana Iraq.

Pemain import Ghaddar, Forkey Doe dan Shawky juga pernah mewakili kelab yang sama di Emiriah Arab Bersatu, Al Ahly.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata penampilan Shawky dalam barisan Kelantan dapat menyelesaikan kebimbangan akibat kekosongan posisi pertahanan tengah yang ditinggalkan Mohd Shakir Shaari.




Pemain baru Kelantan

Dalam pada itu, antara pemain tempatan yang menyertai Kelantan pada musim baru nanti ialah pemain tengah Felda United Amar Rohidan, penyerang Negeri Sembilan Shakir Ali serta pemain sayap Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam.

Mohd Badri Radzi atau Piya kekal sebagai kapten pasukan, sementara naib ketua pasukan ditugaskan kepada Khairul Fahmi Che Mat dan Obinna Nwaneri.

Berikut adalah senarai penuh pemain dan pegawai pasukan Kelantan untuk musim depan yang dimumkan Tan Sri Annuar Musa.

1. Mohd Badri Radzi (MF) (C)
2. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (VC)
3. Obinna Nwaneri (DF) (VC)
4. Mohamed Ghaddar (ST)
5. Forkey Doe (ST)
6. Shakir Ali (ST)
7. Fakri Shaarani (ST)
8. Mohamad Shawky (MF)
9. Amar Rohidan (MF)
10. Brendan Gan (MF)
11. Khairul Izuan Rosli (MF)
12. Tengku Hasbullah Raja Hassan (MF)
13. Nazri Ahmad (DF)
14. Zairul Fitree Ishak (DF)
15. Farisham ismail (DF)
16. Nik Shahrul Azim (DF)
17. Wan Zaharulnizam (MC)
18. Faizul Nazlin Sayuti (DF)
19. Famirul Asyraf Sayuti (ST)
20. Tuan Faim (DF)
21. Faiz Suhaimi (DF)
22. Aziz Ismail (DF)
23. Shahrizan Ismail (Gk)
24. Syazwan Yusoff (Gk)

*Disusun tidak mengikut nombor jersi.

Senarai Pegawai

Pengurus: Azman Ibrahim
Penolong Pengurus: Wan Badri
Jurulatih: Steve Darby
Pembantu Jurulatih: Hashim Mustapha
Pembantu Jurulatih: Zahasmi Ismail
Pembantu Jurulatih (Penjaga gol): Ismail Chawalit
Fisio: Zainuddin
Pegawai Media: Md Zuki
Pegawai Keselamatan: Arif
Kitman: Harun

One Reply to “Kelantan umum senarai pemain, Ghaddar kembali ke Kota Bharu”

Comments are closed.