Kapten China dinobatkan sebagai pemain terbaik AFC 2013

KUALA LUMPUR – Pemain antarabangsa China, Zheng Zhi (gambar) yang bermain di posisi tengah dengan Guangzhou Evergrande, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 pada majlis anugerah tahunannya di sini malam ini.

Pemain tengah berusia 33 tahun itu memainkan peranan utama mengemudi pasukan liga China untuk menjuarai Liga Juara-juara Asia selepas menewaskan FC Seoul dari Korea Selatan dalam final dua pusingan pada 26 Oktober dan 9 November.

“Saya amat bersyukur menerima anugerah istimewa ini dan saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya dan jurulatih yang memberi sokongan padu kepada saya, serta pengurusan pasukan,” katanya selepas menerima anugerah itu daripada Presiden AFC Salman Bin Ebrahim Al Khalifa.

Jurulatih terbaik, Choi Yong-Soo (FC Seoul; Korea Republic)

Lebih manis lagi, kelab berpangkalan di Guangzhou itu turut meraih gelaran

Kelab Terbaik manakala pemain import mereka dari Brazil, Luiz Guilherme Da Conceicao dipilih Pemain Asing Terbaik.

Sementara itu, bekas naib presiden FIFA, Dr. Chung Mong-Joon dipilih oleh

Jawatankuasa Eksekutif AFC sebagai penerima anugerah berprestij ‘AFC Diamond of Asia’ pada mesyuaratnya 22 Julai di Bahrain.

Turut hadir pada majlis gilang gemilang itu ialah Presiden FIFA, Joseph

‘Sepp’ Blatter dan Naib Presiden AFC dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Senarai penuh pemenang anugerah AFC seperti berikut;

AFC DIAMOND OF ASIA
Dr. Chung Mong-Joon

AFC DREAM ASIA AWARD
Myanmar Football Association

AFC FAIR PLAY ASSOCIATION OF THE YEAR
China Football Association

AFC FUTSAL TEAM OF THE YEAR
Chonburi Bluewave (Thailand)

AFC FUTSAL PLAYER OF THE YEAR
Suphawut Thueanklang (Chonburi Bluewave: Thailand)

AFC FOREIGN PLAYER OF THE YEAR
Luiz Guilherme Da Conceicao Silva (Guangzhou Evergrande; Brazil)

AFC ASIAN INTERNATIONAL PLAYER OF THE YEAR
Yuto Nagatomo (Japan; Inter Milan)

AFC ASSISTANT REFEREE OF THE YEAR
WOMEN: Flynn Allyson Clare (Australia)
MEN: Nagi Toshiyuki (Japan)

AFC REFEREE OF THE YEAR
WOMEN: Yamagishi Sachiko (Japan)
MEN: Benjamin Williams (Australia)

AFC CLUB OF THE YEAR
Guangzhou Evergrande (China)

AFC INSPIRING MEMBER ASSOCIATION OF THE YEAR
China Football Association

AFC DEVELOPING MEMBER ASSOCIATION OF THE YEAR
Jordan Football Association

AFC ASPIRING MEMBER ASSOCIATION OF THE YEAR
Pakistan Football Federation

AFC MA OF THE YEAR FOR GRASSROOTS FOOTBALL
Japan Football Association

AFC NATIONAL TEAM OF THE YEAR
WOMEN: Korea Republic U-19 National Team
MEN: Iraq U-20 National Team

AFC COACH OF THE YEAR
WOMEN: Asako Takemoto (Japan)
MEN: Choi Yong-Soo (FC Seoul; Korea Republic)

AFC YOUTH PLAYER OF THE YEAR
WOMEN: Jang Sel-Gi (Korea Republic)
MEN: Ali Adnan Kadhim (Iraq)

AFC PLAYER OF THE YEAR
Zheng Zhi (Guangzhou Evergrande: China)