Juruterbang maut helikopter rempuh pangsapuri

SEOUL: Dua juruterbang terbunuh apabila helikopter mereka terhempas dan merempuh bangunan pangsapuri di daerah Gangnam, Seoul, awal pagi tadi.

Helikopter milik LG Electronics Inc itu merempuh bahagian atas blok kediaman 38 tingkat itu kira-kira jam 8.55 pagi waktu tempatan sebelum jatuh ke tanah.

Nahas itu menyebabkan struktur bangunan dari tingkat 21 hingga 27 rosak teruk.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan berkata, tiada kemalangan dilaporkan membabitkan penduduk pangsapuri berkenaan.

Pegawai Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan berkata, punca nahas dipercayai akibat kabus tebal. – AFP