Ibrahimovic gagal sekat Ronaldo bawa Portugal ke Brazil

Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik untuk memberikan kemenangan 3-2 kepada Portugal ke atas Sweden pada perlawanan kedua play-off Kelayakan Piala Dunia.

Portugal berjaya layak ke Piala Dunia 2014 selepas mencatatkan kemenangan agregat 4-2.

Ronaldo juga menyumbangkan gol tunggal pada perlawanan pertama Jumaat lepas dan kelihatannya seperti perlawanan mudah untuk Portugal apabila bintang Real Madrid itu membuka jaringan pada babak kedua perlawanan.

Namun, bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic berjaya menyamakan kedudukan agregat 2-2 sejurus selepas itu pada minit ke-68.

Portugal walaubagaimanapun mempunyai kelebihan gol tempat lawan dan Ronaldo memastikan pasukannya layak dengan menyumbat gol kedua pada minit ke-77 dan kemudian yang ketiga hanya dua minit selepas itu.
Ronaldo kini telah menjaringkan 13 gol dalam enam perlawanan.

Highlights