Farhan pulang ke Terengganu

Kuala Terengganu: Persoalan hala tuju pemain tengah Kelantan, Nor Farhan Muhammad bakal terjawab dalam masa terdekat.

Anak kelahiran Wakaf Tapai, Marang itu meminta dilepaskan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) selepas mengikat perjanjian dengan Johor Darul Takzim (DT) dan diperkenankan presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam.

Ketika dihubungi semalam, bekas pemain sayap Kelantan itu sudah bersedia pulang ke negeri kelahiran sama ada untuk mewakili Terengganu atau T-Team.

“Buat masa ini saya belum putuskan untuk mewakili Terengganu atau T-Team kerana ada beberapa perkara lagi perlu dipertimbangkan sewajarnya sebelum memberi kata putus.

“Yang saya tahu pada masa ini, saya sudah dilepaskan PBNJ untuk mewakili pasukan pilihan dan yang pasti saya tidak bersama Kelantan,” katanya. – HM