EPL: Jaringan Van Persie tumbangkan Arsenal

MANCHESTER: Manchester United masih dalam pertarungan untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila berjaya mengalahkan Arsenal 1-0, awal pagi tadi.

Tandukan Robin van Persie pada minit ke-27 terhadap kelab lamanya itu mencukupi untuk menolong United ke tangga kelima selepas kekalahan Manchester City dan Tottenham sebelum itu.

Kemenangan ini dikatakan paling bermakna bagi pengurus United, David Moyes, selepas mengambil alih daripada Alex Fergusan.

“Ini merupakan kemenangan besar bagi kami. Arsenal hebat musim ini,” kata Moyes.

“Secara keseluruhan, tiga mata ini sangat penting bagi kami.”

United kini terletak hanya lima mata di belakang Arsenal.

Kekalahan kedua bagi Arsenal ini juga menyaksikan jurang dengan Liverpool yang terletak di tempat kedua dikurangkan kepada dua mata. – AP

Highlights