Cemerlang UPSR, Tauke ayam hadiahkan Mini Cooper

Keputusan UPSR sudah keluar. Ada yang menangis ada yang gembira tak terkata.

Namum itu cerita orang yang berjaya, kepada yang gagal dalam UPSR ini, tak perlu gusar, ini baru permulaan, jauh lagi perjalanan. Tak semestinya kita gagal UPSR, kita akan gagal selamanya. Selepas masuk ke peringkat sekolah menengah nanti, berusahalah lebih gigih lagi.

Cerita yang paling menarik ialah apabila seorang tauke ayam di Kelantan telah memberikan hadiah kepada anaknya yang berjaya dengan cemerlang dalam UPSR dengan mendapat keputusan 5A. Ayahnya telah hadiahkan kereta Mini Cooper yang berharga lebih 200 ribu kepada anaknya.

Menurut sumber kereta itu berplat Kedah iaitu KEE170 bersempena dengan nama perniagaan ayahnya KEE NOR ENTERPRISE. Plat terbaru di Kedah KDQ, ini menunjukkan plat tersebut telah ditempah khas.