Bunuh rakan: Hukuman mati dua kekasih kekal, kronologi kejadian

PUTRAJAYA 7 Nov. – Seorang bekas penuntut sebuah kolej dan teman lelakinya kekal menjalani hukuman gantung atas sabitan membunuh rakan karib perempuan tersebut di sebuah bilik hotel, enam tahun lalu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria sebulat suara memutuskan demikian hari ini selepas menolak rayuan akhir, Noralina Ahmad Dasuki, 26, dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 32.

Kuorum itu berpuas hati dengan keterangan yang dikemukakan di mahkamah amat kukuh bagi membolehkan mereka mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang mengesahkannya.

Yang turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Hasan Lah, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Ramly Ali.

Noralina (gambar) kelihatan gagal mengawal perasaannya lalu menangis teresak-esak manakala teman lelakinya yang merupakan bekas jurujual sebuah stesen televisyen satelit berbayar menoleh ke arah beberapa ahli keluarga sejurus keputusan diumumkan.

Mangsa bunuh rakan sendiri

Noralina (perayu pertama) dan Muhammad Khairul Anuar (perayu kedua) didakwa bersama-sama membunuh Juliana Md. Fuzi, 20, yang ketika itu merupakan penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa.

Kejadian berlaku di antara pukul 10 malam, 23 Mac 2007 dan 8.30 malam, 24 Mac 2007 di Bilik 5133, Tingkat Tiga, Apartmen Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak di ibu negara.

Juliana yang merupakan pelajar tahun tiga Diploma Pengurusan Perniagaan ialah rakan karib Noralina.

Mangsa dijemput menaiki kereta dari Taman Koperasi Polis lalu dibawa ke hotel tersebut. Dia kemudian dirogol oleh perayu kedua sebelum dijerut menggunakan tali kabel dengan bantuan Noralina sehingga mati.

Keterangan kes menunjukkan, mangsa ditemui mati oleh petugas hotel dalam keadaan tangannya terikat ke belakang manakala terdapat kesan jerutan pada lehernya.

Keterangan bedah siasat menyatakan, berdasarkan kecederaan mangsa, lebih daripada seorang terlibat dalam pembunuhan itu kerana bukan mudah untuk menjerut lehernya dengan tali kabel dalam keadaan mangsa masih hidup dan meronta-ronta untuk melepaskan diri.

Muhammad Khairul Anuar juga telah dijatuhkan hukuman kerana merogol seorang wanita di kawasan perkuburan ketika kejadian itu berlaku.

Kronologi pembunuhan:

 Kisah berlaku 6 tahun yang lalu. 23 Mac 2007.

– Mangsa (Jue) bertemu dgn Noralina dalam reunion sekolah sebulan sebelum kejadian dan bertukar2 no telefon.

– Pada malam kejadian Noralina mengajak Jue untuk keluar makan malam bersama di kawasan rumah sewa Jue.

– Tidak disangkanya Noralina membawah kekasihnya juga iaitu Khairul Anuar Abdullah, 27, pada malam tersebut.

– Dalam keterangan polis Noralina memberitahu yang dia lari dari rumah dan mengikut Khairul Anuar (seorang jurual astro dan merupakan suami orang).

– Hanya kerana duit mereka merancang untuk merompak Jue.

– Alasan tertinggal beg duit di hotel oleh Nuralina membawa Jue ke hotel murah tersebut.

Inilah Apartmen Sunrise, Wisma Indah di Jalan Tun Razak tempat Juliana dibunuh dua tahun lalu.

– Mereka merompak Jue, menumbuk Jue untuk menyerahkan no pin kad ATM dan melarikan RM20 dan sebuah handphone Sony Ericson pada malam kejadian.

– Jue diikat menggunakan cable Tie (yang kat Mydin diorg guna untuk ikat plastik tu). Lehernya juga dijerut menggunakan cable Tie. (Sungguh tak berperikemanusiaan kelakuan mereka).

– Dalam keterangan polis jugak Nuralina memberitahu yang dia perlu membunuh Jue kerana Jue mengenalinya.

– Khairul Anuar di dalam kes berlainan telah dihukum penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan kerana merogol budak bawah umor di sebuah perkuburan. Dan pada malam kejadian ketika Nuralina turn membayar sewa hotel, Khairul Anuar sempat melampiaskan nafsu nya pada arwah Jue tetapi dihalang oleh Nuralina apabila dia kembali ke bilik hotel. Dalam laporan forensik mayat arwah Jue didapati ada air mani Khairul Anuar tetapi dia masih berdara sebab kakinya juga diikat pada malam kejadian. Astagfirullah hal azim. Kesian pada arwah.

– Housemate arwah yang bimbang kerana arwah tidak pulang sampai keesokan harinya mengkhabarkan kepada keluarga arwah. Sehinggalah berita penemuan mayat tidak dikenali di TV membawa keluarga arwah ke proses pengecaman mayat. Dan ternyata itu ialah jasad arwah Juliana.

– Hasil kerjasama kawan2 Juliana, polis berjaya menangkap Nuralina. Nuralina yang ketakutan dipukul polis memberitahu tentang Khairul Anuar. Dan Khairul Anuar ditahan polis ketika sedang makan roti canai (rileks je ko erh lepas bunuh orang) dan didapati simkad Jue terdapat dalam beg Khairul Anuar. Manakala handphone tersebut telah dijualnya.

– Dan setelah 2 tahun kejadian berlaku, akhirnya Hakim Mohamad Zabidin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie.