BPL: Tandukan Bo-Kyung kecewakan Man United, Man City berpesta gol

CARDIFF: Jaringan gol pemain Korea Selatan, Kim Bo-Kyung pada saat-saat terakhir berjaya menyamakan kedudukan Cardiff City sekali gus menghalang Manchester United daripada meningkatkan kedudukan ke empat pasukan teratas dalam Liga Perdana Inggeris, di sini, awal pagi tadi.

United kelihatan menang perlawanan ini sehingga Kim menandukkan gol penyamaan hasil sepakan percuma Peter Whittingham pada minit ke-91.

Wayne Rooney pula melepaskan peluang kemasan untuk mendahului selepas itu.

Sebelum ini, Rooney menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-15 apabila sepakannya terkena seorang pemain pertahanan sebelum memasuki gol.

Rooney juga bernasib baik tidak dilayangkan kad merah selepas menyepak pengurus Cardiff, Jordn Mutch sebelum itu.

Namun, bekas pemain United, Fraizer Campbell menyamakan kedudukan bagi Cardiff pada minit ke-33.

Bagaimanapun, gol Patrice Evra menyaksikan United mendahului pasukan tuan rumah pada minit ke-33.

“Kegagalan mendapat tiga mata sangat mengecewakan,” kata pengurus United, David Moyes.

“Namun, Cardiff memberi tekanan dan kesilapan kami menyebabkan sepakan percuma yang mengakibatkan gol tersebut.”

Dengan kemenangan mengejutkan 3-2 ke atas Manchester City pada awal musim ini, Cardiff kini terletak pada tangga ke-15 dan di luar zon penyingkiran.

United pula berada pada tempat keenam dan tujuh mata di belakang Arsenal di tempat pertama.

Sementara itu, Manchester City membelasah Spurs 6-0 di laman sendiri. Sergio Aguero menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut. Walaupun statistik perlawanan menunjukkan perlawanan yang seimbang namun jentera serangan City bijak memanafaatkan peluang.