Bidas Khairy, Siti sebelahi FAM?

KUALA LUMPUR, 12 NOV 2013: Petang tadi isu tweet daripada penyanyi nombor satu kita tak lain dan tidak bukan Dato’ Siti Nurhaliza yang dilihat menyuarakan pendapatnya mengenai tindakan YB Khairy Jamaluddin atau KJ yang disifatkan terlalu lantang dan seakan biadap terhadap pemimpin yang lebih veteran.

Twitternya seperti berikut:

Siti Nurhaliza @CTNurhaliza11- Sbg Menteri Muda &being look up,rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yg lebih berhemah.lantang x perlu biadap dgn yg lebih tua.

Jadi dia merasakan sebagai seorang yang mempunyai nama haruslah berhemah jika mahu mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak menyinggung.

Penyanyi itu bagaimanapun, menyatakan tegurannya menerusi Twitter terhadap Khairy Jamaluddin itu adalah sekadar teguran ikhlas.

“Kalau boleh, saya enggan perkara ini menjadi kontroversi disebabkan saya ini seorang artis.

“Saya meletakkan diri sama seperti rakyat biasa dan percaya mesti ada orang lain yang turut memberi teguran sama,” jelasnya yang merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak Pahang.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali yang dianjurkan oleh Timbalannya, Datuk M. Saravanan di sini semalam, bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut.

Kemelut antara Khairy Jamaluddin dan FAM tercetus apabila beliau lantang mengkritik badan induk bola sepak negara itu, antaranya berhubung isu jualan tiket final Piala Malaysia dan kemuncaknya, teguran terhadap Jawatankuasa Keselamatan FAM susulan penemuan pistol di Stadium Shah Alam pada 3 November lalu.

Menteri itu kemudiannya menyatakan persetujuan untuk bersemuka dengan FAM bagi menyelesaikan kemelut antara kedua-dua pihak.

5 Replies to “Bidas Khairy, Siti sebelahi FAM?”

  1. Fariddin

    kenape menteri kritik kene hentam..die menjalankan tugas dan setiap kritikan bukan pointless..kenape xde yg bersuara or stand up kalau menteri hentam KOM or BAM or other organizations..FAM ade privilleges ke?

  2. Anonymous

    weh siti.. kau x pyh nk backup Sultan kau tu la.. apa dia dah buat kpd bola sepak kita?
    NOTHING kau tau.. bolasepak kita merudum lepas KAUM KERABAT dia tu join FAM.. Lbh baik kau suruh Sultan kau tu letak jawatan jela! Bagi org profesional takover.. UEFA pon Platini yg pegang, slh seorang pemain bolasepak terbaik dlm sejarah, tp FAM?? Yg jd Presiden nye pon ntah2 sepak bola pon x reti.. SITI, lbh baik kau balik umah masak kasi laki kau mkn jelaaaa.. #KAMIMAHUKANPERUBAHANDIFAM

Comments are closed.