Zalif Sidek Sedang Kenal Hati Budi Syafrina

Awal minggu ini, tersebar beberapa keping gambar di sebuah forum hiburan menunjukkan yang Zalif Sidek mesra bergambar dengan seorang gadis yang tidak dapat dikenalpasti identitinya dan kemesraan mereka seolah olah gambarkan yang mereka sedang bercinta.

Baca isu lama Zalif dengan Fida di sini.

Kami meghubungi Zalif Sidek petang semalam untuk mendapatkan kepastian tentang cinta hati barunya ini dan pelakon yang sering mendapat jolokan comel ini mengakui yang beliau kini sedang berkawan rapat dengan gadis dalam gambar tersebut.

“Dia merupakan rakan lama saya ketika zaman persekolahan dahulu dan kami kembali bertemu baru baru ini — kebetulan pula dia masih single, maka kami mula rapat sejak dua minggu yang lalu,” ujar Zalif Sidek yang turut memberitahu nama temannya itu adalah Syafrina.

Jejaka berusia 28 tahun ini juga berkata yang beliau tidak akan berselindung atau hipokrit jika ditanyakan soalan tentang hubungan dengan mana mana wanita & kini berasa selesa berkawan rapat dengan Syafrina. Kalau ada jodoh, jangan lupa beritahu. Heh. – Rotikaya