Video – Warga Brazil cipta rekod meluncur ombak gergasi

LISBON – Seorang peluncur ombak dari Brazil, Carlos Burle mungkin telah mencipta rekod dunia kerana meluncur ombak setinggi 30.48 meter di Nazare, tengah Portugal kelmarin.

Media-media tempatan melaporkan Burle mungkin mengatasi rekod Guinness World Records yang dicatatkan warga Amerika Syarikat, Garrett McNamara pada tahun 2011 di lokasi yang sama.

McNamara yang berasal dari Hawaii meluncur ombak setinggi 23.77 meter.

Burle memberitahu portal tentang aktiviti meluncur ombak, Surfer Today, dia berasa bertuah kerana dapat meluncur ombak pada ketinggian itu.

“Kami tidak mengetahui bila kita akan didatangi ombak besar itu,” katanya.

Burle turut menyelamatkan seorang rakannya, Maya Gabriel yang hampir lemas kerana cuba untuk meluncur pada ketinggian yang tinggi.

Dalam pada itu, pihak Guinness World Records masih belum menerima tuntutan daripada Burle untuk mengesahkan rekodnya itu. – Agensi