Video – Lelaki tikam 4 orang awam di LRT diberkas

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Terdahulu dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi di LRT Gombak, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. Walau bagaimanapun mangsa dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Hospital.

Setengah jam kemudiannya , Saspek telah menaiki Van Daihatsu No Pendaftaran WXE 6695 milik syarikat rokok yg dipandunya. Suspek melanggar sebuah van membawa mineral. Saspek kemudiannya berhenti berhampiran LRT Taman Melati dan terus kejar seorang lagi mangsa  satu lelaki cina.

Mangsa ini telah mati dibunuh Saspek dengan kesan 3 tikaman dibahagian dada dengan menggunakan senjata pisau rambo.

Mayat mangsa

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan mangsa maut di lokasi kejadian.

“Suspek kemudian larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta Toyota Prius yang dipandu remaja lelaki iaitu pelajar di TAR Kolej Wangsa Maju.

Sebaik sahaja kereta mangsa kedua dilanggar, mangsa terus keluar dari kereta untuk lihat apa yg berlaku.  Saspek kemudiannya keluar dari Van dan kejar mangsa.

“Suspek kemudian menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut dengan 5 kesan tikaman dibahagian dada. di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Suspek berjaya ditangkap

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

Orang ramai yg melihat kejadian tersebut dan secara kebetulannya ada seorang anggota polis Dang Wangi telah membuat tangkapan keatas Saspek.

Saspek berjaya ditangkap dan telah hantar ke HKL untuk dapatkan rawatan akibat kecederaan dibahagian kepala. Manakala senjata yg digunakan oleh Saspek iaitu sebilah pisau ramboo berjaya dirampas ditempat kejadian.

Dipercayai suspek adalah seorang penuntut ajaran sesat dan ketika ditangkap mulutnya membaca sesuatu.

Motif kejadian, masih dalam siasatan.  Walau bagaimanapun dipercayai Saspek mengalami masalah “kejiwaan”.

Video penahanan suspek