UCL: Giggs catat rekod Liga Juara, Bayern mengganas

DONETSK, Ukraine 3 Okt. – Veteran Manchester United Ryan Giggs mencatat rekod Liga Juara-Juara dengan penampilan ke-145 walaupun tidak meraikannnya dengan gembira selepas Red Devils terikat 1-1 dengan Shakhtar Donetsk awal pagi ini.

Giggs menafikan rekod yang dipegang pemain Sepanyol, Raul sebelum ini.

Meskipun gagal menyaksikan anak buahnya mencatat kemenangan selepas permulaan kurang bermaya pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun pengurus Manchester United, David Moyes tetap berpuas hati dengan peningkatan yang dipamerkan The Red Devils ketika menentang Shakhtar Donetsk awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Menurutnya, satu mata itu ternyata berharga jika dibandingkan dengan kunjungan ketika Arsenal, Tottenham dan Chelsea menentang Shaktar.

“Ia ada mata yang baik dalam Liga Juara-juara apabila datang ke sini, mereka dapat rekod yang baik berbanding kelab Inggeris lain.

“Mereka bermain dengan baik malam ini dan dapat jaring gol awal dan saya fikir kami dapat menyekat tuan rumah daripada menjaringkan gol.

“Apapun, kami bertahan dengan baik,” katanya

Sementara itu di Manchester, corak penyerangan tidak henti-henti membolehkan juara bertahan, Bayern Munich mengalahkan Manchester City 3-1 dalam perlawanan Kumpulan D Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Kesilapan Joe Hart menghadiahkan Bayern dengan gol pertama oleh Frack Ribery pada minit ketujuh dan jumlah gol bertambah pada separuh masa kedua hasil jaringan Thomas Mueller dan Arjen Robben.

Bagaimanapun, jaringan Alvaro Negredo pada minit ke-80 menolong mengurangkan jurang sebelum bekas pemain City, Jerome Boateng dilayang kad merah.

Dengan kemenangan ini, Bayern berada pada tangga teratas kumpulan D dengan tiga mata.

Ini pula merupakan kekalahan pertama bagi City dalam kejohanan Eropah di stadium sendiri sejak 2008 yang juga berlangsung empat hari selepas kekalahan mengejutkan di Aston Villa.

Kumpulan A
Bayer Leverkusen 2-1 Real Sociedad
S. Donetsk 1-1 Manchester United

Kumpulan B
Juventus 2-2 Galatasaray
Real Madrid 4-0 FC Copenhagen

Kumpulan C
Anderlecht 0-3 Olympiacos
Paris SG 3-0 Benfica

Kumpulan D
Manchester City 1-3 Bayern Munich
CSKA Moscow 3-2 Viktoria Plzen

Highlights

Manchester City 1-3 Bayern Munich
 
S. Donetsk 1-1 Manchester United

 
Real Madrid 4-0 FC Copenhagen