UCL: Bayern Munich, PSG menang besar

PARIS: Penyandang juara, Bayern Munich dan kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) mencipta kemenangan besar pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, pagi ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan di peringkat kumpulan.

Penyerang Perancis, Franck Ribery meledak dua gol termasuk satu tendangan penalti manakala David Alaba, Bastian Schweinsteiger dan Mario Goetze menjadikan kemenangan 5-0 Bayern menundukkan Viktoria Plzen.

Dengan kemenangan itu, kelab Jerman itu kini tiga mata selesa daripada Manchester City sebagai pendahulu
Kumpulan D.

PSG juga mencatat rekod kemenangan terbesar dengan membelasah Anderlecht dari Belgium 5-0 dengan Zlatan Ibrahimovic meledak empat gol manakala satu lagi menerusi Edinson Cavani.

Ibrahimovic mencipta hatrik pada separih masa pertama menerusi jaringan pada minit ke-17, 22 dan 36.

Jaringan keempatnya menyusul pada minit ke-62.

Keputusan lain

Kumpulan A

Bayer Leverkusen 4 Shakhtar Donetsk 0
Manchester United 1 Real Sociedad 0

Kumpulan B

Real Madrid 2 Juventus 1
Galatasaray 3 FC Copenhagen 1

Kumpulan C

Anderlecht 0 Paris St Germain 5
Benfica 1 Olympiakos Piraeus 1

Kumpulan D

CSKA Moscow 1 Manchester City 2
Bayern Munich 5 Viktoria Plzen 0

Highlights