UCL : Arsenal, Chelsea cemerlang

BUCHAREST 2 Okt. – Chelsea kembali di landasan betul dalam kempen Liga Juara-juara apabila menundukkan Steaua Bucharest 4-0 pada perlawanan di tempat lawan selepas kecundang pada perlawanan pembukaan Kumpulan E.

Berikutan kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada Basel, anak buah Jose Mourinho bangkit dengan bergaya ketika perlawanan di Arena Nasional, dengan pemain tengah Brazil, Ramires mempamerkan aksi cemerlang.

The Blues menguasai perlawanan dan membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi Ramires. Mereka menambah gol pada penghujung babak pertama apabila Daniel Georgievski menjaringkan gol sendiri sebelum Ramires dan Frank Lampard mengesahkan kemenangan Chelsea selepas rehat.

Sementara itu, Arsenal menumpaskan Napoli dengan keputrusan 2-0 hasil jaringan dua ayam tambatan mereka Giroud dan Ozil.

Keputusan lain:

Arsenal 2 Napoli 0
Celtic 0 Barcelona 1
Borussia Dortmund 3 Marseille 0
Ajax Amsterdam 1 AC Milan 1
Porto 1 Atletico Madrid 2
Schalke 1 Basel 0
Steaua Bucharest 0 Chelsea 4

Highlights

Arsenal 2 Napoli 0

Celtic 0 Barcelona 1

Steaua Bucharest 0 Chelsea 4

Ajax Amsterdam 1 AC Milan 1