Piala Malaysia: Kelantan, Sarawak ke saingan separuh akhir

KUALA LUMPUR – Kejayaan Kelantan membelasahkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 6-1 dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi membolehkan pasukan pantai timur itu melangkah bergaya ke slot separuh akhir Piala Malaysia tahun ini.

The Red Warriors melakarkan kemenangan secara agregat 8-5 memadamkan kemenangan awal Johor DT ketika beraksi di tempat lawan sebelum ini.

Sementara itu, di Stadium Negeri, Kuching, pasukan tuan rumah, Sarawak melayakkan diri ke aksi separuh akhir apabila membenamkan cabaran Sime Darby 3-1

Salibasic menjadi wira dengan menyumbat hatrik untuk membantu Sarawak membenam Sime Darby di gelanggang sendiri.

Highlights