Liverpool kembali terajui liga, Januzaj wira Man Utd

Luis Suarez membuat penampilan pertama di Anfield sejak digantung 10 perlawanan dengan anaknya yang baru lahir, Benjamin.

Suarez berjaya membuka jaringan pada minit ke-14.

Daniel Sturridge kemudian menambah jaringan tiga minit kemudian yang juga merupakan gol kelimanya setakat ini.

Steven Gerrard turut memberikan sumbangan dalam kemenangan itu dengan menjaringkan penalti pada minit ke-38 sebelum Dwight Gayle menjaringkan gol saguhati untuk Crystal Palace.

Keputusan itu meletakkan Liverpool di tempat teratas liga. satu mata di atas Arsenal yang akan bertemu West Brom pada hari Ahad.

Semetara itu di Sunderland, pemain remaja Belgium Adnan Januzaj menjaringkan dua gol membantu Manchester United bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menewaskan Sunderland 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris pagi ini.

Januzaj turut mendapat perhatian pengurus Roy Hodgson untuk disenaraikan dalam pasukan kebangsaan England walaupun pemain ini lebih layak bermain untuk negara Albania atau Belgium.

Highlights