La Liga: Bale, Ronaldo muncul wira Real benam Sevilla

MADRID: Gareth Bale menjaringkan dua gol dan Cristiano Ronaldo mencipta hatrik ketika Real Madrid membelasah Sevilla 7-3 pada saingan La Liga awal pagi tadi.

Bale yang diturunkan sebagai kesebelasan utama di Santiago Bernabeu dengan pantas mencetuskan impak apabila meletakkan tuan rumah 2-0 di depan dalam tempoh setengah jam.

Ronaldo kemudiannya menjaringkan gol ketiga, tetapi Sevilla bangkit menerusi penalti Ivan Rakitic dan Carlos Bacca.

Bale turut mencipta ruang untuk Karim Benzema dan Ronaldo menjaringkan gol bagi meletakkan Real 5-2 di depan sebelum Rakitic membalas dengan rembatan cantik untuk Sevilla, walaupun tersasar sepakan penalti selepas itu.

Ronaldo melengkapkan hatrik dan Benzema menambah derita pelawat selepas Sevilla terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Stephane Mbia dibuang padang ketika permainan berbaki 14 minit. – AFP

Highlights