Khairy Jamaluddin Dicalonkan Dalam Shout Awards 2013

Kehangatan acara anugerah hiburan paling hip di Malaysia Shout Awards! semakin terasa. Kini bakal kembali untuk memberi pengiktirafan dan menghargai bakat dan kreativiti yang telah menggegarkan industri hiburan Malaysia.

Pada tahun ini buat pertama kalinya dalam sejarah industri hiburan tanah air seorang ahli politik terkenal Khairy Jamaluddin telah dicalonkan dalam kategori Wired Celebrity Award bersama-sama dengan Aaron aziz, Adibah Noor, Fatimah Abu Bakar/Sharifah Amani/Sharifah Aleya, Sofia Jane dan penyanyi yang mencipta nama di luar negara, Yunalis Zarai.

Khairy Jamaluddin memang dikenali ramai sebagai salah sati figura politik yang sangat aktif di media sosial dna tidak hairan jika pihak Shout Awards 2013 mengambil keputusan untuk memasukkan nama beliau dalam senarai calon — dan baca reaksi beliau di Twitter.

Sementara itu, pada tahun lepas kita telah dihiburkan dengan 2 kumpulan K-Pop dari Korea Selatan iaitu kumpulan Vixx dan Nuest. Pada tahun ini bagi memenuhi permintaan para peminat di Malaysia, pihak Shout Awards telah menjemput penyanyi antarabangsa iaitu salah seorang anggota dari kumpulan Westlife, Shane Filan.

Buat peminat-peminat yang ingin mengetahui maklumat lanjut atau cara utuk mengundi artis-artis yang telah tercalon dalam Shout Awards 2013, bolehlah anda layari www.shoutawards.com.my atau www.8tv.com.my. – Rotikaya