Jalan “Sir Alex Ferguson Way” dirasmi

Bagi mengenang jasanya, sebatang jalan berhampiran Old Trafford dinamakan jalan “Sir Alex Ferguson Way.”

Perasmian dilakukan Alex Ferguson sendiri, pengurus kelab Manchester United selama 26 tahun.

Ferguson 71 tahun hadir sambil ditemani keluarga, rakan-rakan dan penyokong United.

Kata Ferguson, beliau terharu atas penghormatan itu.

Ferguson meninggalkan United sebaik tamat musim lalu dan memilih David Moyes sebagai pengganti.

Kata Ferguson, beliau yakin United yang kini di tangga kesembilan liga perdana Inggeris dapat memperbaiki kedudukan itu.

Bagi mengekalkan legasinya, Ferguson kini diberi tugas sebagai salah seorang Pengarah United.

Sebelum ini, seorang lagi bekas pengurus United, Matt Busby turut mempunyai sebatang jalan yang dinamakan atas nama beliau juga berdekatan Stadium Old Trafford, Manchester.