Harimau Malaya Kalah Kepada UAE Dalam Aksi Persahabatan

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Skuad Harimau Malaya kalah 1-3 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Shenzen, China, Rabu.

Gol tunggal Malaysia djaringkan oleh Safiq Rahim. Semua gol dijaringkan pada separuh masa pertama.

Gol UAE dijaringkan oleh Ahmed Khalil dengan 2 jaringan dan Ali Mabkhout.

Kemenangan itu merupakan yang kedua untuk pasukan UAE kendalian Mahdi Ali selepas menundukkan Laos, 2-0 pada aksi pertama di venue sama, Sabtu lepas.

Untuk Harimau Malaya pula, ia adalah kekalahan kelapan daripada 11 pertemuan dengan pasukan itu. Kekalahan terakhir ialah 1-0 pada 2010 di Dubai.

Malaysia pernah mencatat dua kali kemenangan ke atas UAE iaitu 2-0 pada Piala Asia 1980 di Kuwait dan 2-1 pada Kejohanan Pestabola Merdeka 1982.

Perlawanan di China itu adalah aksi pemanas badan terakhir untuk anak didik Rajagobal sebelum berdepan ujian getir menentang Bahrain pada perlawanan ketiga, Kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 15 Okt ini.

2 Replies to “Harimau Malaya Kalah Kepada UAE Dalam Aksi Persahabatan”

Comments are closed.