Gerrard: Kami sayangkan England

Steven Gerrard menafikan pandangan yang mengatakan pemain-pemain England tidak pedulikan bola sepak antarabangsa.

Gerrard akan mengetuai England pada kelayakan Piala Dunia menentang Montenegro dan Poland dan jika mereka berjaya menang, mereka akan mara ke pusingan akhir Piala Dunia.

Empat mata cukup jika Ukraine gagal mengatasi Poland pada hari Jumaat tetapi jika kurang, England harus beraksi dalam play-off atau terus disingkirkan.

Kegagalan sebelum ini, seperti terlepas Euro 2008 telah menyebabkan dakwaan seperti pemain tidak pedulikan England tetapi perkara itu dinafikan oleh Gerrard.

“Semua itu tak masuk akal. Merepek,” kata Gerrard.

“Keperitan dan kesedihan – berapa lama kami rasakan semua itu selepas gagal layak ke Euro 2008 – kalaulah kami boleh tunjukkan semua kepada yang membuat tuduhan seperti ini.

“Kami peduli. Percayalah, kami kisahkan. Tiada siapa yang kisahkan lebih dari para pemain.
“Kami faham penyokong dan media sangat bersemangat, tetapi bergitu juga kami.

“Malang penyokong dan beberapa pihak tidak boleh ke bilik persalinan dan lihat bagaimana kami buat persediaan dan berapa banyak kami mahukan ini.

“Perkataan yang saya gunakan apabila orang menyebut perkara ini adalah ‘merepek'” – Foxsports