FBI berjaya berkas pengedar dadah online terbesar

Pemilik laman web SilkRoad ditahan kerana tuduhan menjadi dalang pengedaran dadah secara online yang dianggarkan traksaksi bernilai lebih 1.2 bilion dolar US.

Ross Ulbricht 29, bekas graduan Pennsylavania State University merupakan dalang sebenar pengedaran dadah secara online yang selama ini diburu oleh FBI. Beliau lebih dikenali sebagai “Dread Pirate Roberts“ dalam urusan laman online tersebut.

Ross Ulbricht dipercayai hanya menjalankan urusannya secara online dirumah sewaannya, kedai kopi ataupun diperpustakaan.

Laman Web Silk Road
SilkRoad ialah laman web yang ditubuhkan pada 2011. Ia menyerupai laman web Amazon tetapi mempunyai kemudahan yang lain seperti jual beli dadah dan urusan pembuatan kad pengenalan atau passport palsu.
Pembeli dadah yang berpontensi perlu menggunakan laluan atau alamat ip khas yang diinkrip. Proses ini menggunakan saluran khas yang digelar Tor untuk membuat urusan online. Pihak FBI atau polis gagal mengesan urusan ini kerana alamat IP yang menggunakan Tor dapat menghindari dari dikesan.
SilkRoad akan mengambil komisen sebanyak 10% bagi setiap urusan jual beli. Urusan boleh menggunakan kad kredit, Paypal ataupun matawang virtual iaitu Bitcoins.

Biodata Ross Ulbricht

Ross Ulbricht di tahan oleh FBI ketika sedang mengemaskini laman webnya di perpustakaan. Beliau hanya menggunakan wifi percuma ketika di tahan.

Beliau dipercayai memperolehi sebanyak 80juta dolar komisen dalam urusannya.

FBI mula menjejaki beliau setelah berjaya mengesan urusannya untuk mengupah pembunuh upahan dengan menggunakan bitcoins yang bernilai 150 ribu dolar. Beliau berbuat demikian kerana terdesak setelah bekas pekerjanya yang dikenali sebagai “FriendlyChemist” ingin mendedahkan identiti 5000 pembeli dan dirinya sendiri kepada pihak polis jika beliau tidak membayar 500ribu dolar untuk menutup mulut.