FA England selar komen Wilshere

LONDON 10 Okt. – FA England hari ini menyelar kenyataan pemain tengah, Jack Wilshere yang berkeras mahukan pemain berbangsa Inggeris sahaja dalam dalam skuad kebangsaan negara itu.

FA dalam satu kenyataannya menyifatkan kata-kata Wilshere sangat ekstrem.

Isu pemain bukan kelahiran Inggeris dalam skuad Three Lions timbul selepas selepas badan bola sepak England itu berhasrat untuk menyenaraikan pemain Manchester United kelahiran Belgium Adnan Januzaj, 18, ke dalam skuad berkenaan.

Adnan setakat ini tidak berminat untuk mewakili Belgium.

Sejarah keturunannya juga memboleh Adnan beraksi mewakili Serbia, Albania, Turki dan Kosovo.

Wilshere dalam kenyataannya sebelum ini berkata, jersi England hanya layak untuk pemain berketurunan Inggeris sahaja.

Jack Wilshere percaya Persatuan Bolasepak England harus melupakan idea untuk melibatkan Adnan Januzaj dalam skuad England.

Kelihatannya terdapat kemungkinan Januzaj layak untuk mewakili England melalui penetapannya, dan setakat ini belum pasti dengan pilihan lain.

Mungkin ini bukan jalan yang akan dipilih oleh Januzaj memandangkan dia dilahirkan di Belgium dan juga boleh mewakili Serbia, Albania dan Turkey begitu juga Kosovo.

Walaubagamanapun, Wilshere kurang selasa dengan isu ini.

“Hanya rakyat England yang patut beraksi untuk England.

“Jika anda tinggal di England selama lima tahun, itu tidak bermakna anda rakyat England,” katanya.

“Jika saya ke Sepanyol dan tinggal di sana selama lima tahun saya tidak akan beraksi untuk Sepanyol.

“Kita harus ingat siapa kita.

“Kami rakyat England. Kami kuat mengasak, gagah di padang dan sukar untuk ditewaskan.

“Kami mempunyai karakter yang hebat. Anda fikirkan Sepanyol dan anda fikirkan teknikal tetapi England anda fikirkan keberanian. Kita harus ingat itu.” tegas beliau.

3 Replies to “FA England selar komen Wilshere”

Comments are closed.