England, Bosnia dan Sepanyol layak ke Brazil 2014

SEPANYOL, England dan Russia layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan selepas memenangi perlawanan kelayakan dalam kumpulan masing-masing, awal pagi ini.

Bosnia-Herzegovina juga layak buat pertama kali selepas mencapai kemerdekaan daripada Yugoslavia.

Bagaimanapun, Perancis dan Portugal terpaksa ke pusingan playoff bulan depan bersama Iceland, Greece, Ukraine, Romania dan Croatia.

Sepanyol akan mempertahankan gelaran juara dunia setelah muncul pada tangga teratas Kumpulan I setelah mengalahkan Georgia 2-0 hasil jaringan Alvaro Negredo dan Juan Mata.

Sementara itu, tandukan Wayne Rooney pada separuh masa pertama dan jaringan gol Steven Gerrard pada lewat perlawanan menyaksikan England mengatasi Poland 2-0 dalam perlwaanan Kumpulan H di Stadium Wembley.

Bosnia-Herzegovina pula layak ke kejohanan Piala Dunia buat pertama kali sejak mendapat kemerdekaan dari Yugoslavia pada 1992 apabila berjaya mengalahkan Lithuania 1-0.

Rusia pula hanya memerlukan satu mata untuk mengatasi Kumpulan F dan mencapai matlamatnya apabila seri 1-1 dengan Azerbaijan.

Bagaimanapun, kemenangan 6-0 Denmark ke atas Malta tidak mencukupi dan ia juga terpaksa mengambil bahagian dalam pusingan playoff. – Agensi

Zon Eropah
Serbia 5-1 Macedonia
Belgium 1-1 Wales
Scotland 2-0 Croatia
Bulgaria 0-1 Republik Czech
Denmark 6-0 Malta
Itali 2-2 Armenia
Faroe Island 0-3 Austria
Republik Ireland 3-1 Kazakhstan
Sweden 3-5 Jerman
Hungary 2-0 Andorra
Romania 2-0 Estonia
Turki 0-2 Netherlands
Cyprus 0-0 Albania
Norway 1-1 Iceland
Switzerland 1-0 Slovenia
Azerbaijan 1-1 Rusia
Israel 1-1 Ireland Utara
Portugal 3-0 Luxembourg
Greece 2-0 Liechtenstein
Lithuania 0-1 Bosnia
Latvia 2-2 Slovenia
England 2-0 Poland
Montenegro 2-5 Moldova
San Marino 0-8 Ukraine
Perancis 3-0 Finland
Sepanyol 2-0 Georgia

Zon Amerika Selatan
Uruguay 3-2 Argentina
Paraguay 1-2 Colombia
Chile 2-1 Ecuador

HIGHLIGHTS