BPL: Wilshere selamatkan Arsenal, Supersub bantu Chelsea

The Baggies yang menewaskan Manchester United minggu lepas memberi cabaran yang hebat pada perlawanan seri 1-1 dengan Arsenal.

West Brom mendapat beberapa peluang yang baik untuk menggandakan jaringan selepas Claudio Yacob menanduk masuk hantaran lintang Morgan Amalfitano pada minit ke-42.

Tetapi Arsenal berjaya merampas dua mata dari West Brom selepas Wilshere menjaringkan gol dari jarak 20 ela. Arsenal juga menyamai Liverpool dalam kedudukan liga.

Walaupun telah dilanda kontroversi merokok minggu ini, Wilshere sepatutnya berbangga dengan aksinya pada babak kedua perlawanan.

Jika Olivier Giroud beraksi dengan baik, dia mungkin telah membantu Arsenal untuk menambah jarak mata di puncak liga dengan menyempurnakan peluang oleh Mesut Ozil dan Wilshere.

Wilshere tidak menikmati perlawanan yang baik pada awalnya tetapi telah berganding dengan Giroud pada minit ke-24 dan melakukan rembatan yang tersasar.

Pada minit ke-63 Wislhere berjaya menyamakan kedudukan untuk memberikan satu mata untuk pendahulu liga itu.

Sementara itu, Dua pemain gantian, Eden Hazard dan Willian muncul wira Chelsea apabila masing-masing menjaringkan satu gol ketika membantu The Blues menewaskan Norwich City 3-1.

Pada aksi di Carrow Road itu, Oscar terlebih dulu membuka tirai jaringan dengan meledak gol pertama The Blues seawal minit keempat.

Begitupun, kelebihan skuad kendalian Jose Mourinho itu tidak bertahan lama apabila The Canaries menyamakan kedudukan menerusi tandukan Anthony Pilkington pada minit ke-68.

Percaturan Mourinho membawa Hazard dan Willian ternyata membawa hasil apabila bintang Belgium itu kembali meletakkan The Blues di depan apabila melepaskan rembatan kencang bagi menewaskan penjaga gol Norwich, John Ruddy pada minit ke-85.

Berselang seminit kemudian, Willian memastikan Chelsea memperoleh tiga mata penuh apabila meledak gol kemenangan menerusi sepakan voli yang mudah menewaskan Ruddy.

Mourinho mengakui pertukaran pemain itu jelas memberikan impak positif kepada skuad kendaliannya.
“Apabila saya melakukan pertukaran, pertukaran itu sentiasa menakjubkan dan pemain menjadikan lebih menarik atau lebih buruk, ia bergantung kepada mereka sendiri.

“Saya gembira kerana Willian beraksi bersama kami meskipun dia tidak cergas 100 peratus.

“Dia mengalami kecederaan tetapi telah memberikan aksi terbaik untuk membantu Chelsea mencapai kejayaan ini,” kata Mourinho.

Sementara itu, Southampton turut meraih tiga mata berharga selepas membenam Swansea City 2-0 di Stadium St. Mary’s.

Adam Lallana dan Jay Rodriguez masing-masing menyumbang satu gol buat Southampton. – Foxsports

Highlights