Baihakki sertai Johor FA musim depan

Johor Bahru: Pemain kebangsaan Singapura, Baihakki Khaizan yang gagal membantu Lions XII melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas tumpas kepada Tentera dengan agregat 2-4 akan menyertai Johor FA pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Dia akan mengikat kontrak selama empat musim dengan pasukan Liga Perdana itu yang kini sedang melakukan perubahan drastik dalam usaha untuk melangkah ke Liga Super pada tahun berikutannya.

Difahamkan pemain berusia 29 tahun itu ditawarkan gaji RM65,000 sebulan (S$26,000) dan dipercayai antara yang termahal dalam skuad Merah Biru. – BH

One Reply to “Baihakki sertai Johor FA musim depan”

Comments are closed.