AFC U19: Malaysia tewas kepada China

Harimau Muda C tewas 3-1 kepada pasukan China pada perlawanan Kumpulan I AFC U19 Championship di China semalam.

Perlawanan antara Malaysia menentang China PR telah berlansung di Stadium Jiaxing Sports Center, Jiaxing, Zhejiang, China tepat jam 7.35 malam.

Perlawanan pada babak pertama China PR telah menjaringkan jaringan gol pertama pada minit ke 34 dan jaringan kedua minit ke 45 iaitu Xiang Baixu.

Sebelum itu Malaysia mendapat tendangan penalti pad minit ke-17 namun pemain negara gagal menyempurnakan peluang tersebut.

Pada minit 63 Malaysia telah dapat menjaringkan gol dengan jaringan 2-1, penjaring gol ialah Muhammad Alif Haikal Bin Mohd Sabri. pada minit 83 China PR dapat menjaringkan gol kembali dengan mata penuh 3-1

Penyokong Malaysia yang hadir 

Pemain negara, Adam Nor Azlan mendapat kad merah setelah mengutip kad kuning kedua pada hujung minit ke 83.

Manakala pada perlawanan bagi Kumpulan I juga menyaksikan Jepun membelasah Macau dengan jaringan 6-0

Jadual perlawanan Malaysia U19:

10/10/2013 Malaysia vs Japan (Stadium Jiaxing Sports Center, Jiaxing, Zhejiang, China)
12/10/2013 Malaysia vs Macau (Stadium Jiaxing Sports Center, Jiaxing, Zhejiang, China)

Skuad Malaysia:

Ahmad Syihan, Irfan, Jafri, Arif, Thanabalan, Faris (C), Adam, Fauzan, Arif Fadzilah, Adam Nor, Ariff Farhan.