WCQ: Bale gagal bantu Wales, Itali layak, England seri

CARDIFF, Wales 11 Sept. – Kehadiran bintang baharu Real Madrid Gareth Bale dalam barisan Wales gagal membantu pasukannya yang tunduk 0-3 kepada Serbia dalam saingan Kumpulan A kelayakan Piala Dunia pagi ini.

Itali pula menempah tempat ke Brazil 2014 selepas menewaskan Republik Czech 2-1 dalam saingan Kumpulan B.

Sementara itu, England sekadar seri tanpa jaringan dengan Ukraine, bagaimanapun mendekati peluang ke Brazil tahun depan, berbaki dua perlawanan selepas ini.

Belanda turut layak ke pusingan akhir tahun depan selepas mengalahkan Andorra 2-0 dalam saingan Kumpulan D. – Agensi

Keputusan lain

Macedonia 1 Scotland 2

Wales 0 Serbia 3

Romania 0 Turki 2

Hungary 5 Estonia 1

Andorra 0 Belanda 2

Kazakhstan 0 Sweden 1

Austria 1 Ireland 0

Kep. Faroe 0 Jerman 3

Armenia 0 Denmark 1

Malta 1 Bulgaria 2

Itali 2 Rep. Czech 1

Russia 3 Israel 1

Luxembourg 3 Ireland Utara 2

Lithuania 2 Liechtenstein 0

Greece 1 Latvia 0

Slovakia 1 Bosnia 2

San Marino 1 Poland 5

Ukraine 0 England 0

Georgia 0 Finland 1

Belarus 2 Perancis 4

Iceland 2 Albania 1

Norway 0 Switzerland 2

Cyprus 0 Slovenia 2

HIGHLIGHTS

Itali 2 Rep. Czech 1
 
Andorra 0 Belanda 2
 
Kep. Faroe 0 Jerman 3