[Video Highlight] Harimau Malaya tumpas di China

Malaysia tumpas 2-0 kepada China pada perlawanan persahabatan yang berakhir sebentar tadi.

Malaysia yang bermain penuh bertahan sepanjang 90min permainan hanya mampu menggugat pintu gol China melalui percubaan pemain Pahang, Razman Roslan pada min77 dengan percubaan cantik yang menggegar tiang gol China.

China yang menguasai perlawanan mendahului pada min43 melalui sepakan percuma cantik dari Zheng.

China menambahkan jaringan diseparuh masa kedua pada min ke57 hasil jaringan melalui tandukan Qu Yang.

Kekalahan ini sekaligus memberikan lagi tekanan kepada Rajagobal dalam mengharungi baki 2 perlawanan kelayakan Piala Asia hujung tahun ini.

Sementara itu, lagenda bola sepak kebangsaan, Datuk Shukor Salleh menganggap skuad Harimau Malaya mula menunjukkan perkembangan positif meskipun tewas 0-2 kepada China pada aksi persahabatan kelas A di Tianhe, China malam tadi.

Shukor berkata, kekalahan itu harus dijadikan sebagai pembakar semangat buat skuad kendalian Datuk K. Rajagobal dalam usaha mencari rentak terbaik sebelum kembali mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015.

“Perlawanan persahabatan adalah peluang buat kita (Harimau Malaya) untuk mempamerkan kekuatan. Itu yang mustahak.

“Jika kita asyik bertahan sahaja, sudah tentu ia tidak berguna kerana kita telah mencapai satu keputusan negatif.

“Saya tahu China lebih kuat berbanding skuad negara tetapi apa yang lebih penting, para pemain menunjukkan satu persembahan yang baik.

“Setiap perlawanan ada strategi tersendiri dan ia bergantung kepada kebijaksanaan jurulatih. Apa pun, keputusan kita adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kekalahan 1-6 Singapura di tangan China.

“Saya berharap dan percaya, mungkin kekalahan ini akan mematangkan lagi skuad negara sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015,” kata Shukor ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, Shukor menyarankan Harimau Malaya mencontohi semangat perjuangan ‘adik’ mereka – Harimau Muda yang kini mempamerkan prestasi cemerlang pada Pestabola Merdeka 2013 di Kuantan, Pahang.

“Tak salah kalau kita kadang-kadang menggunakan nilai positif seperti yang ada pada Harimau Muda. Saya tidak mahu membandingkan siapa lebih bagus tetapi kita harus memuji skuad kendalian Ong Kim Swee itu.

“Skuad Rajagobal ada juga kelebihannya tetapi dalam pengamatan saya, semangat berpasukan Harimau Muda lebih tinggi jika dibandingkan dengan pasukan senior.

“Seperti yang kita lihat, Kim Swee begitu serius tidak kira pada perlawanan persahabatan mahupun kejohanan sebenar kerana beliau adalah jurulatih yang sentiasa mencari ruang untuk menonjolkan kekuatan pasukannya.

“Apa sekalipun, kita tetap mendoakan kejayaan buat kedua-dua pasukan negara dalam usaha mencipta nama di persada antarabangsa,” katanya.

Highlights