UCL: Kelab ternama tepati ramalan
MUNICH 18 Sept. – Bayern Munich memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan menang selesa 3-0 ke atas CSKA Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam
Juventus pula bernasib baik tidak dimalukan dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara apabila mencatat keputusan seri 1-1 dengan FC Copenhagen.
Pelawat hanya memperoleh gol penyamaan pada babak kedua permainan menerusi jaringan Fabio Quagliarella.
Nicolai Jorgensen membuka jaringan tuan rumah seawal minit ke-14 untuk memimpin perlawanan.
Sepanjang perlawanan, pasukan pelawat tertekan dengan permainan pantas yang dipamerkan tuan rumah.
Di Instanbul, Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik untuk membantu Real Madrid membelasah Galatasaray 6-1, semalam.
Wayne Rooney pula berjaya mencatat jaringan ke-200 bersama Manchester United selepas menyumbat dua gol ketika menewaskan Bayer Leverkusen 4-2 dalam aksi Liga Juara-Juara di Manchester semalam.
Edin Dzeko pula menyelamatkan maruah City dengan menjaringkan gol tunggal untuk City menewaskan Victoria Pizan 1-0.
Highlights
GAL v RMA
MAN v BAY LEV
COP v JUV LEV
BAY v CMOS
VICTORIA v CITY