Teman wanita Ervin nafi gila seks

Kuala Lumpur: Wanita berusia 29 tahun yang disaman bekas kekasihnya bagi menuntut ganti rugi RM600,000 selepas mendakwa dirinya dipergunakan bagi mendapatkan anak daripada sperma orang Eropah akan tampil ke mahkamah untuk mendedahkan siapa sebenarnya lelaki Bosnia itu.

“Ia satu penghinaan, tuduhan melampau dan tidak masuk akal,” kata wanita yang didakwa bekas teman lelakinya mempunyai keinginan seksual tinggi kerana melakukan hubungan kelamin sehingga enam kali sehari dengan setiap sesi selama satu jam.

Wanita berumur 29 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Madeleine, berkata dakwaan bekas teman lelakinya, warga Bosnia Ervin Ahbabovic, 41, amat menjatuhkan maruahnya kerana ramai memandang serong terhadapnya dan menganggap dia gila seks.

“Saya tertekan dan malu dengan berita itu, lebih buruk lagi, beberapa rakan perniagaan sudah menarik balik kontrak perjanjian yang ditandatangani sebelum ini, sekali gus menutup periuk nasi keluarga saya,” katanya pada sidang media semalam.

Rabu lalu, Ervin memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM600,000 di Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap Madeleine dan mendakwa dia dipergunakan bekas teman wanitanya itu.

MADELEINE (tengah) bersama Chew (kanan) di Wisma MCA, Jalan Ampang, semalam.

“Tindakan lelaki itu yang menyaman saya selepas berpisah hampir setahun ini amat mengejutkan. Tidak sangka selepas menyepi sekian lama, dia muncul dengan tindakan saman serta memalukan saya.

“Dakwaan Ervin menyatakan saya kerap mencari peluang untuk bergaduh serta hanya mempergunakan dia untuk keinginan seksualiti rekaannya semata-mata,” dakwa Melanie pada satu sidang akhbar di ibu negara semalam

Dalam penyata tuntutannya, Ervin mendakwa dia dipergunakan Madeleine bagi memperoleh anak lebih baik berbanding sperma warga tempatan atas persepsi genetik orang Eropah mempunyai kualiti tiada tandingan, juga dipandang hebat.

Ervin Ahbabovic

Pada masa sama, beliau mendakwa kehendak seksual defendan melebihi norma biasa.

Beliau berkata defendan mengkehendakinya untuk mengadakan enam kali hubungan seks enam kali sehari dengan setiap sesi berlangsung sehingga sejam.

Plaintif bagaimanapun yakin kehendak seksual wanita tersebut berdasarkan cinta sebenar namun defendan menjadi cemburu dan tidak yakin dengannya.

Beliau mendakwa kehendak seksual defendan menjadi rutin yang terpaksa dipenuhinya.

Malah plaintif turut mendakwa defendan pernah mengugut membunuh diri jika kehendak seksualnya tidak dipenuhi atau cuba meninggalkannya.

Tanpa pilihan lain, beliau tetap dengan wanita berkenaan dengan harapan akan bersetuju untuk mendirikan rumah tangga dengannya bagi memastikan mereka menikmati kehidupan berkeluarga yang normal.