Skandal dengan isteri orang, Pelakon dakwa diugut

Pelakon Adi Putra, 32, disiasat polis berhubung aduan seorang ahli perniagaan dari Johor yang mendakwa aktor itu berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isterinya yang juga peminat aktor berkenaan. Pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun, biarpun baru seminggu berkenalan.

Difahamkan, hubungan antara pelakon terbabit yang sudah beristeri, dikesan suami wanita berkenaan yang terbaca mesej mereka ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu.

Menurut sumber, seorang ahli perniagaan berusia 56 tahun membuat laporan polis terhadap seorang aktor popular yang didakwa mempunyai skandal dengan isterinya sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, ahli perniagaan berkenaan berbuat demikian selepas dia mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental hingga menyebabkan hubungan dirinya dengan isteri terjejas sehingga dia bertengkar hampir setiap hari.

Lelaki itu yang tinggal di sini juga dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti tersebut yang disifatkan telah mengganggu keharmonian keluarga dan rumah tangganya.

Skandal itu terbongkar apabila ahli perniagaan berkenaan menyemak telefon bimbit milik isterinya pada 7 Ogos lalu apabila terdapat SMS, Instagram dan WhatsApp artis berkenaan yang antara lain mengandungi kata-kata dan gambar lucah termasuk gambar lucah pelakon berkenaan.

Adi Putra Turut Buat Laporan Polis

Laporan Berita Harian hari ini juga menyebut yang Adi Putra turut membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur mendakwa di’ugut oleh lelaki yang mengaku suami peminat wanitanya.

Adi Putra mendakwa telah menerima panggilan dari lelaki itu pada 7 Ogos yang lalu & menerima ugutan akan menghancurkan kerjayanya sebagai pelakon, selain mahu memastikan Adi Putra di’halau keluar dari Malaysia.Kami ada menerima satu ‘salinan’ laporan polis yang di’dakwa merupakan laporan yang di’buat Adi Putra kerana bimbang akan keselamatan diri dan juga keluarganya.

– BH, Rotikaya & Kosmo