Real seri, Ancelotti puji Bale

Madrid: Gareth Bale tidak begitu gembira dengan kemenangan pertama bersama Real Madrid, namun pemain termahal dunia itu tetap mendapat pujian jurulatih Carlo Ancelotti selepas menjaringkan gol pada perlawanan pertamanya ketika menentang Villareal pada perlawanan liga yang berkesudahan seri 2-2.

Real merakam rekod baru perpindahan selepas membayar pemain Tottenham Hotspur 100 juta euro (RM437.389 juta) ketika mengikat pemain sayap Wales itu awal bulan ini dan dia menjaringkan gol pada minit ke-38, iaitu gol penyamaan 1-1.

Pemain berusia 24 tahun itu disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas menjalani latihan pertama bersama rakan pasukan baru Rabu lalu, langsung tidak melakukan kesilapan apabila menyudahkan cubaan dari jarak dekat, menyudahkan umpanan Dani.

Ia adalah permulaan impian, terutamanya selepas persediaan kecergasan musim ini terganggu dengan urusan perpindahan yang berlarutan lama. Dia kemudiannya dikeluarkan dan diganti Angel Di Maria selepas sejam.

“Saya rasa dia gembira kerana menjaringkan gol pertama untuk Real Madrid dan sesuatu yang amat bagus untuknya,” kata Ancelotti selepas perlawanan.

“Perlawanan itu cukup sukar untuknya, begitu juga dengan pemain lain namun dia menunjukkan sikap yang baik di atas padang,” kata jurulatih dari Itali.

Pada perlawanan itu, Real menggunakan rangkaian tiga penyerang termasuk bintang Portugal Cristiano Ronaldo serta penyerang Perancis Karim Benzema, Bale memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

Real memakai jersi serba putih dengan bernombor 11, melakukan rembatan yang terkena palang gol pada minit ke-18 kemudian bertukar posisi dengan Ronaldo dan lebih banyak memainkan peranan di sayap kiri.

Ronaldo mengikut jejak Bale, menjaringkan gol kedua Real pada m-64 sebelum Giovani Dos Santos, seorang lagi bekas pemain Tottenham menyamakan kedudukan 2-2 m-70. – Reuters

Highlights