Piala Liga: United singkir Liverpool, juara bertahan terkeluar

MANCHESTER 26 Sept. – Manchester United menyambut kepulangan bintang Liverpool Luis Suarez yang kembali daripada penggantungan 10 perlawanan dengan kemenangan 1-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga semalam.

Jaringan tunggal Javier Hernandez itu sekali gus melegakan pengurus pasukan, David Moyes yang tertekan dengan aksi malap United sejak awal musim ini.

Sementara itu, usaha Swansea untuk mempertahankan kejuaraan lebur selepas tewas 1-3 kepada Birmingham – Agensi